PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam mendedahkan kerajaan terdahulu gagal mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah terlebih bayar berjumlah RM16.04 bilion yang tertunggak selama lebih enam tahun hingga 31 Mei lalu. Katanya, jumlah itu melibatkan lebih 1.6 juta kes merangkumi syarikat, individu, persatuan dan yayasan yang tidak menerima bayaran balik cukai terlebih bayar mereka daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disebabkan oleh kekurangan pindahan hasil cukai langsung…