KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi hari ini, selari prestasi mata wang serantau yang mengukuh susulan langkah bank pusat China membendung penyusutan yuan berbanding dolar AS, kata peniaga. Pada pukul 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0770/0820 berbanding dolar daripada 4.0800/0850 pada penutupan Jumaat lepas. Seorang peniaga berkata, tindakan bank pusat China menetapkan bank-bank mengekalkan kadar rizab bersamaan 20 peratus kedudukan hadapan dolar pelanggannya menjadikan ia lebih mahal bagi membeli yuan membantu…










