Remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas - Utusan Malaysia

Remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan di Lebuh Raya Utara – Selatan Kilometer 442.8 menghala ke utara dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.55 petang itu, mangsa, Zaid Mohd. Zaidi, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian cuaca berada dalam keadaan baik.

“Mangsa yang bekerja di sebuah kilang sekitar Shah Alam itu dipercayai hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan dan menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikalnya sendiri.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan waris telah dikenal pasti untuk pengecaman mayat dan urusan pengebumian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau berbahaya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN