Remaja angkat konflik Ukraine di pentas teater - Utusan Malaysia

Remaja angkat konflik Ukraine di pentas teater

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEORANG remaja melarikan diri dari kampung halamannya yang sedang berperang dan meninggalkan ibunya keseorangan.

Seorang remaja gay pula berusaha untuk mendapat penerimaan daripada keluarganya, manakala sekumpulan remaja samseng memukul pemain bola sepak berkulit hitam.

Itu antara jalan cerita dan drama yang dipentaskan di sebuah pertunjukan di bandar Kiev bulan Julai lalu oleh para remaja dari timur dan barat Ukraine.

“Ia sangat mengujakan,” kata Filip Kazlauskas yang berusia 15 tahun dan juga merupakan penulis skrip salah satu karya berjudul Romeo dari Avdiivka.

Katanya, dia mahu drama itu memberi kesan mendalam dalam jiwa penonton, kalau boleh sehingga membuatkan mereka sedih dan menangis.

Drama itu dinamakan sempena kampung asal golongan remaja tersebut di pantai timur Ukraine iaitu berdasarkan kepada konflik yang memisahkan timur dan barat negara tersebut.

Persembahan teater tersebut berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Teater yang dipertontonkan itu merupakan usaha golongan muda untuk merapatkan jurang kebudayaan di negara tersebut yang mengalami peperangan.

“Projek ini memberi kesan positif pada masa hadapan kerana ia mewujudkan komunikasi antara timur dan barat.

“Apabila sekumpulan penulis remaja dari pelbagai tempat di negara disatukan. Kemudian wujud dialog masing-masing tetapi mendapati antara mereka mempunyai kesamaan dalam penulisan,” jelas salah seorang penganjur, Natalya Vorozhbyt kepada AFP semasa penonton teater itu di pusat bandar Keiv.

Kelas lakonan

Projek ‘kelas lakonan‘ teater telah diperkenalkan sejak tiga dekad lalu di Scotland. Ia telah berkembang ke pelbagai negara. Pada tahun 2016 merupakan kali pertama ia memasuki Ukraine.

Seramai 20 orang murid berusia 14 hingga 16 tahun datang ke Kiev dari Avdiivka iaitu sebuah bandar timur yang dikawal oleh kerajaan dan dari bandar Chop barat.

Sebanyak 10 filem pendek telah dicipta oleh mereka sebelum diterbitkan semula oleh seorang pengarah profesional.

“Kami berjaya menghasilkan skrip dengan mudah di kelas lakonan ini. Saya sangat sukakan kelas ini dan banyak yang telah saya pelajari di sini,” kata Valentyn Yelizaryev, 15, dari Chop.

Pada era selepas perang Soviet Ukraine, perbezaan budaya wujud antara penduduk yang bercakap bahasa Ukraine di sebelah barat dan mereka yang bertutur bahasa Rusia di timur.

Pemberontakan di Moscow itu berlaku di dua kawasan perindustrian di timur pada tahun 2014 yang mengorbankan 10,000 nyawa.

Itulah yang dipersembahkan dalam teater Romeo dari Avdiivika.

Daripada cerita itu, kerajaan terpaksa mengawal seramai 20,000 penduduk yang melakukan pemberontakan. Setiap hari mereka menderita disebabkan pertembungan bersenjata antara pasukan Kiev dan pemberontak pro-Rusia.

“Seorang anak lelaki melarikan diri dari negara ini tetapi ibunya memilih untuk tidak berpindah ketika perang berlaku,” kata Kazlauskas seorang penulis muda.

Seperti keadaan di atas, dia sendiri terlepas daripada zon perang, seminggu sebelum sesi latihan dan persembahan dengan ‘kelas lakonan’ profesional itu.

“Diharapkan teater yang disampaikan dapat memberi kesedaran kepada semua dan memberi harapan buat generasi baharu.

“Jika ia dapat menolong sebahagian daripada mereka untuk membuat keputusan pada masa hadapan itu adalah sangat bagus, ” kata Oleksiy Vertynski merupakan pelakon yang terlibat dalam pementasan teater itu.

Projek itu mendapat pujian daripada seorang tokoh seni terkenal dan juga merupakan pengarah filem tersohor di Ukraine, Oleg Sentsov.

Dia mengucapkan tahniah kepada golongan remaja tersebut melalui surat yang dikirimkan kepada kawannya.

Pada akhir persembahan di Kiev, semua orang yang terlibat dalam persembahan itu naik ke pentas dan menyatakan ucapan bebaskan Sentsov. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN