Rejimen Sempadan rampas 157kg daun ketum - Utusan Malaysia

Rejimen Sempadan rampas 157kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Markas 6 Briged melalui Pasukan 4 Rejimen Sempadan berjaya mematahkan cubaan menyeludup 157 kilogram daun ketum ke Thailand menerusi kawasan sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Pos Sahara dalam daerah Padang Terap dekat sini hari ini.

Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Aziz Ismail berkata, rampasan daun ketum itu dilakukan empat anggota yang diketuai Koperal Alfredy Ronnie kira-kira pukul 10 pagi ini.

“Anggota yang melakukan tugasan rondaan menemui 16 bungkusan plastik hitam di dalam semak dan pemeriksaan menemui daun ketum yang telah diikat dan dibalut dengan plastik lutsinar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kesemua daun ketum yang disyaki untuk dipasarkan ke negara jiran itu dianggarkan bernilai RM14,130.

“Penyeludupan daun ketum ini terus dijalankan oleh penyeludup kerana harga pasaran dan permintaan yang tinggi di Thailand,” ujarnya.

Tambahnya, rampasan daun ketum itu diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN