GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket pengedaran pil kuda selepas menahan tujuh individu dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Bukit Mertajam, Butterworth dan Perai dekat sini pada minggu lalu. Suspek berusia 19 hingga 36 tahun yang ditahan itu termasuklah tiga orang pelajar kolej dan seorang pondan berusia 30-an. Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas sebanyak 427,600 biji pil kuda…










