SELEPAS berakhirnya Piala Dunia 2018 di Rusia bulan lalu, tumpuan peminat-peminat bola sepak mula beralih kepada saingan Liga Perdana England (EPL) 2018/19 yang akan membuka tirainya dalam tempoh seminggu lagi. Sudah tentunya kesemua pasukan berusaha sedaya upaya memantapkan skuad masing-masing sepanjang dua bulan lepas untuk mendapatkan pemain-pemain terbaik dalam pasaran sebelum jendela perpindahan ditutup Jumaat depan. Ketika ini, pasukan-pasukan EPL giat mengadakan aksi pramusim sebagai persiapan mengharungi jadual panjang liga…










