DALAM keghairahan memenuhi keperluan hidup, masyarakat seakan-akan taksub akan komitmen kerjaya sehingga perkahwinan bukan lagi menjadi keutamaan. Tanpa disedari, mereka seolah-olah berada dalam zon selesa kerana terlalu sibuk mencari rezeki sehingga ada yang sanggup melakukan dua hingga tiga kerja pada satu-satu masa. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), statistik dari tahun 2010 hingga 2015 menunjukkan kadar kesuburan pasangan di Malaysia semakin merosot sehingga 1.97 kanak-kanak untuk setiap isi rumah. Angka terbabit…










