Raja Ilya, Adam Shahz ditauliahkan kapten dan leftenan - Utusan Malaysia

Raja Ilya, Adam Shahz ditauliahkan kapten dan leftenan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Ogos – Seramai empat artis tempatan ditauliahkan selaku pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Penganugerahan Watikah Lantikan Pegawai Bersekutu (CDERT-Ohhsem Network) APM, di sini semalam.

Menerusi majlis tersebut, Ilya dianugerahkan Kapten Bersekutu (PA), manakala Adam pula menerima pangkat Leftenan Bersekutu (PA) yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM YAS TPj (PA) Roslan Wahab.

Selebriti lain ialah personaliti TV, Mejar Bersekutu (PA) Maznah Zolkifli dan anggota kumpulan Simfoni, Leftenan Bersekutu (PA) Mohamad Anas.


“Saya amat gembira dan berterima kasih kepada Ahmad Idham dan Datuk Seri Eizlan Yusof kerana mengajak saya masuk ke CDERT Ohhsem.

“Ikutkan, pentauliahan dilaksanakan pada April lalu tetapi disebabkan saya terikat dengan jadual kerja yang padat, majlis terpaksa ditunda ke hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Adam pula memberitahu, tanggungjawab yang digalas di bahunya kini akan dimanfaatkan untuk berbakti kepada komuniti terutama sewaktu berhadapan detik kecemasan.


Pada majlis itu juga, CDERT Ohhsem melalui Leftenen Kolonel Bersekutu (PA) Ahmad Idham Nadzri dan barisan selebriti turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 yang disalurkan ke Unit Kesenian dan Kebudayaan APM Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN