KUALA LUMPUR 10 Ogos – Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29), Sangeeta Krisnasamy, 33, terkejut dengan sambutan yang diberikan kepada filem Vedigundu Pasangge sehingga diiktiraf selaku naskhah Tamil tempatan pertama yang berjaya mencatat kutipan melebihi RM1 juta. Menurut Sangeeta yang memegang watak utama, meskipun menggabungkan kepakaran dari sudut teknikal dua buah negara iaitu Malaysia dan India namun kisah kemasyarakatan setempat yang diangkat dalam karya tersebut menjadi daya tarikan utama.…










