KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bersama ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini. Beliau yang mengenakan baju Melayu berwarna ungu tiba pada pukul 8.10 pagi. Turut mengiringi ialah isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Selesai solat, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad kemudian menyampaikan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Aidiladha sebagai manifestasi penyerahan kepada pencipta’. Perdana Menteri menzahirkan rasa…










