Memang perit untuk ditelan hakikat kedua-dua buah pinggangnya sudah gagal berfungsi semuda usia 26 tahun. Namun, kenyataan itu terpaksa diterima Ajmain Alias, 37, dengan cekal. Bergantung kepada rawatan dialisis tiga kali seminggu, anggota polis itu adakalanya meninggalkan rumahnya di Batu Muda, Kuala Lumpur seawal 6 pagi ke pusat dialisis. Pada awalnya, dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat dialisis di kawasan rumah kedai di Selayang, Selangor. Bagaimanapun, sejak enam tahun lalu…










