KUALA TERENGGANU 8 Ogos – Kerajaan Pas menerima jaminan daripada kerajaan Pusat bahawa beberapa projek pembangunan sukan dan rekreasi yang dirancang semasa negeri ini di bawah teraju Barisan Nasional akan diteruskan. WAN SUKAIRI Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penegasan itu dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam mesyuarat bersama kesemua Exco Belia dan Sukan…