JUTAAN jemaah haji dari seluruh dunia berkumpul di Mina hari ini bagi melaksanakan ibadat melontar yang dimulakan dengan Jamrah Kubra. Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, mereka merayakan Aidiladha dengan yang berkemampuan sangat disunatkan untuk melakukan ibadat korban. Ini kerana, bukan semua umat Islam bertuah dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji. Ramai yang mempunyai keinginan tinggi untuk datang, tetapi tidak dijemput Allah. Hatta yang tinggal di Mekah sekali…