MATARAM, Indonesia – Satu gempa susulan menggegarkan Pulau Lombok hari ini sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai selepas kejadian gempa bumi kuat berlaku kira-kira empat hari lalu. Gempa terbaharu berukuran 5.9 skala Ritcher itu melanda kawasan arah barat laut pulau pelancongan itu, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). “Gegaran terasa kuat. Terdapat sebanyak 355 gempa susulan selepas bencana gempa bumi pada Ahad lalu,” menurut jurucakap agensi pengurusan…










