MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan membangun dan menjenamakan semula Pulau Besar sebagai pusat pelancongan dan zon bebas cukai dalam usaha menghapuskan aktiviti khurafat di pulau berkenaan, kata Ketua Menteri, Adly Zahari. Beliau berkata, pulau berkenaan mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan seperti Pulau Langkawi selain menjadikannya sebagai pusat pengeluar produk tempatan seperti industri koko dan sekali gus menjana ekonomi masyarakat setempat dan negeri. “Kaedah memerangi aktiviti khurafat di Pulau…










