KUALA LUMPUR – Operator perkhidmatan e-hailing harus meningkatkan usaha menggalakkan ebih ramai pemandu teksi mendaftar dengan platform mereka, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata migrasi kepada perkhidmatan e-hailing adalah seiring dengan trend global dan berharap langkah itu juga akan menamatkan persengketaan di antara pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing, sekali gus menambah baik industri pengangkutan awam negara. “Saya merayu kepada penyedia perkhidmatan e-hailing agar lakukan yang terbaik untuk menggalakkan…