MENJADI kelaziman Singapura mempamerkan kelebihan sistem dan aset pertahanan mereka sebagai strategi perang saraf gerak saraf (PSGS) untuk meyakinkan rakyat negara itu bahawa keselamatan dan kedaulatan republik berkenaan sentiasa terjamin jika ada negara jiran menyimpan hasrat yang tidak baik. Strategi PSGS pertahanan ini mampu memberi keyakinan bukan sahaja kepada rakyat Singapura tetapi juga sebagai kekangan ancaman luar kerana setiap tahun kerajaan Singapura memperuntukkan antara lima hingga enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk kegunaan perbelanjaan pertahanan mereka. Sebab itu juga dihujahkan mengapa mereka mempunyai sistem pertahanan yang terbaik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya