PETALING JAYA – Proton Edar Sdn Bhd, cabang pengedaran pengeluar automotif tempatan, Proton Holdings Bhd, yakin dapat mengekalkan prestasi jualan kukuhnya selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September. Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Rashid Musa berkata, permintaan dijangka berterusan walaupun selepas SST dikuatkuasakan kerana kereta kini telah dianggap sebagai satu keperluan. “Keperluan bagi kereta di Malaysia masih ada dan orang akan terus membelinya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran…










