CYBERJAYA 17 Ogos – Projek Lebuh Raya Maju (Mex) 2 yang akan menghubungkan Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah siap sebanyak 60 peratus sejak mula dibina awal tahun lalu. Pengarah Teknikal Maju Holdings Sdn. Bhd., Richard Whitehead berkata, projek sepanjang 18 kilometer itu membabitkan pembinaan laluan tiga lorong sehala bermula dari persimpangan Putrajaya di sini hingga ke Lebuhraya KLIA. “Projek ini berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan…










