JOHOR BAHRU 12 Ogos – Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Pasir Gudang yang menganjurkan Artbeat Festival 2018 mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR), hari ini. Pengiktirafan itu sebagai penyertaan paling ramai dengan 502 pelajar berkeperluan khas dari sembilan sekolah menggunakan teknik cetakan saring atau open masking technique. Anugerah tersebut disampaikan Ketua Pegawai Operasi MBR, Christopher Wong kepada Pengarah PIS, Rashidah Mustapa di Angsana Mall Johor Bahru, di sini sebentar tadi.…










