Program motivasi UMW lonjak semangat calon SPM SMK Seksyen 19 - Utusan Malaysia

Program motivasi UMW lonjak semangat calon SPM SMK Seksyen 19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 2 Ogos – Program Motivasi Calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana disifatkan berhasil meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, di sini hari ini.

TUAN SARIPAH NOR RIHA TUAN JAAFAR
TUAN SARIPAH NOR RIHA TUAN JAAFAR

Penolong Kanannya, Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar berkata, program anjuran bersama UMW Corporation Sdn. Bhd. itu memberi pendedahan kepada calon SPM sekolah itu tentang potensi mereka mencapai apa yang diimpikan.

“Program motivasi ini melonjak semangat mereka menjelang peperiksaan penting itu pada November ini. Pihak sekolah harap ia juga dapat melonjak pencapaian akademik mereka.

“Keputusan SPM 2017 lebih baik dari 2016, peningkatan menerusi pelbagai program. Sebagai salah satu sekolah yang terpilih mengikuti program ini, kita yakin SPM 2018 mengatasi tahun sebelumnya,” katanya ketika ditemui.

Program dua hari melibatkan kesemua 438 calon SPM SMK Seksyen 19 ini disampaikan oleh tokoh motivasi terkenal, Dr. Ismail Zin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN