Program Larian Obor APMG Penang 2018 tiba di sempadan Melaka/Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Program Larian Obor APMG Penang 2018 tiba di sempadan Melaka/Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 8 Ogos – Program Larian Obor untuk Asia Pacific Masters Games (APMG) Penang 2018 peringkat negeri Melaka yang berlangsung sejak Ahad lalu tiba di Jambatan Kuala Linggi dekat sini untuk diteruskan ke Negeri Sembilan.

Program tersebut merupakan kejohanan bertaraf antarabangsa yang diilhamkan oleh International Masters Games Association (IMGA) yang berpusat di Switzerland.

Majlis penyerahan obor itu berlangsung di Jambatan Kuala Linggi di mana Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Zamzuri Arifin menyerahkan obor tersebut kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Zamri Mat Kasim.

Kejohanan APMG kali ini akan diadakan di Pulau Pinang bermula pada 7 hingga 15 September depan dan bersempena kejohanan tersebut, kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program larian obor yang bermula di Sabah pada 28 April lalu dan akan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September depan.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Port Dickson, Khairy Maamor dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, M. Ravi.

Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan sepanjang kejohanan APMG Penang 2018 berlangsung.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah badminton, bola keranjang, bola sepak, golf, pencak silat, renang, boling tenpin, wushu dan sebagainya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN