KUALA TERENGGANU 8 Ogos – Bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap urusan jual beli hartanah termasuk status tanah, pendaftaran pemilikan dan proses pinjaman, satu program mengenainya diadakan di sini baru-baru ini. Program Bicara Santai Guaman Jual Beli Hartanah yang terbuka kepada umum itu dikendalikan oleh Tetuan Fariz Halim & Co. (FALCOlaw) dengan kerjasama Terengganu Inc., Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Konsortium perumahan Rakyat Terengganu (KOPERAT). Perasmian program ini…