KUALA LUMPUR 17 Ogos – Bagi mengurangkan kesesakan dan tempoh menunggu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah 29 lagi saluran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 September ini. Pegawai Pengurus PRK Balakong, Datuk Rosli Othman berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 100 saluran termasuk satu saluran undi awal disediakan dan berlaku kesesakan berikutan jumlah pengundi yang ramai. “Justeru untuk penambahbaikan dan memudahkan pengundi, SPR…










