MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menggesa China mengawal tingkah laku di Laut China Selatan dalam kritikan yang jarang dibuat ke atas kuasa besar Asia berkenaan berhubung program pembinaan pulau oleh Beijing. “Anda tidak boleh mencipta sebuah pulau. Pulau itu buatan manusia dan anda pula berkata bahawa ruang udara di atas pulau buatan manusia itu adalah hak anda,” kata Duterte menurut transkrip yang disiarkan oleh Istana Presiden semalam. “Perbuatan ini…










