PPBM sasar 50,000 ahli menjelang hujung tahun ini - Utusan Malaysia

PPBM sasar 50,000 ahli menjelang hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sarawak menyasarkan kira-kira 50,000 ahli menjelang hujung tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua cawangan parti itu, Affendi Jeman berkata, pihaknya kini sudah mempunyai seramai 19,868 ahli melibatkan semua 31 Parlimen di negeri ini.

“Meskipun penyertaan kami untuk menjadi ahli belum diproses namun semangat ditunjukkan ketika ini memperlihatkan mereka mahu bersama-sama Bersatu.

“Kami tegas mahu bersama Bersatu dan yakin majoriti rakyat Sarawak mempunyai pendirian sama untuk menjadi ahli,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya berhasrat untuk berjumpa Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam masa terdekat untuk menzahirkan hasrat mereka untuk melebarkan parti itu di sini dan mencadangkan agar melancarkan Bersatu Sarawak hujung tahun ini.

“Kami yakin dan percaya selepas pelancaran Bersatu Sarawak dan sebelum tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan, Bersatu akan mempunyai jumlah keahlian paling tinggi dengan sasaran seramai 200,000 orang,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini