KANGAR – Polis Perlis sedang giat memburu seorang suspek lelaki warga Thailand kerana melepaskan sembilan tembakan rambang di Pos Pasukan Gerakan Am (PGA), Padang Besar dekat sini pada Rabu lalu. Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan gara-gara penyeludup tersebut tidak berpuas hati selepas gagal mendapatkan semula 12 guni daun ketum yang dirampas pasukan keselamatan sempadan. Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata, pada Rabu lalu, pegawai dan anggota PGA melakukan rondaan rutin…