KOTA BHARU 19 Ogos – Polis Kelantan sedia membantu pihak berkuasa Thailand mengesan lapan suspek yang disyaki terlibat dengan kes penemuan 41 butir bom di Takbai, Narathiwat pada Jun lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, senarai nama lapan suspek berkenaan diterima pihaknya dalam mesyuarat bersama Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Manus Siksamut pada 16 Ogos lalu. Kata beliau, senarai nama tersebut juga turut diserahkan kepada Ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman. “Lapan suspek terbabit lelaki berusia antara 20-an hingga 30-an dan mereka semua dipercayai berasal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya