KUALA LUMPUR – Kemenangan sensasi pasukan bola sepak lelaki Bawah 23 tahun Malaysia (B-23) ke atas pasukan pilihan Korea Selatan di Sukan Asia 2018 semalam menarik perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mahathir menerusi laman Twitter hari ini mengucapkan tahniah atas kejayaan membanggakan dilakar pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang menewaskan Korea Selatan 2-1. “Tahniah kepada skuad bola sepak negara ke Sukan Asia atas kemenangan. Malaysia Boleh!,” katanya yang kini berada di China bagi lawatan rasmi lima hari di sana. Dalam aksi Kumpulan E di Stadium Si Jalak Harupat, Malaysia nyata…










