LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengadakan lawatan singkat ke Hospital Langkawi di sini. Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Hospital Langkawi, Dr. Mansor Ismail yang kemudian menyampaikan taklimat mengenai hospital berkenaan. Dr. Mansor turut menyampaikan potret lama Dr. Mahathir yang dirakam sewaktu Ahli Parlimen Langkawi itu menyandang jawatan pegawai perubatan di pulau ini lebih 60 tahun lepas sebagai cenderahati. Dr. Mahathir kemudiannya dibawa meninjau beberapa buah wad di hospital berkenaan. Perdana Menteri yang diiringi isteri,…










