KUALA LUMPUR – Suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong sedikit panas malam ini selepas kedua-dua parti bertanding secara tidak sengaja mengadakan kempen ceramah masing-masing secara serentak di lokasi sama di Balakong dekat sini. Selain calon, kedua-dua pihak juga menurunkan pemimpin ‘VIP’ dengan Pakatan Harapan (PH) antara lain membariskan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. S. Ganapathi Rao manakala MCA pula menurunkan Timbalan Presidennya, Datuk…










