GUA MUSANG 27 Ogos – Pihak berkuasa diketuai Jabatan Perhutanan Kelantan hari ini merobohkan tiga sekatan yang dibina oleh masyarakat Orang Asli suku Temiar di kawasan pedalaman jajahan ini. Operasi merobohkan sekatan secara serentak yang dibina untuk menghalang pembalak daripada mengeluarkan hasil hutan di Kampung Depak, Pos Tohoi; Kampung Cawas, Pos Bihai dan Kampung Kuala Wook, Pos Pasik itu berjalan dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Kerja-kerja tersebut bermula pada pukul 10 pagi melibatkan lebih 400 anggota pelbagai agensi seperti anggota Jabatan Perhutanan, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya