KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pemansuhan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pengenalan cukai soda dilihat tidak mampu menggerunkan jentera Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia yang akan berlangsung secara serentak pada 8 September ini. Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Adhif Syan Abdullah berkata, kedua-dua isu membabitkan kos sara hidup rakyat itu diibaratkan sebagai umpan yang tidak mengena…










