KUALA LUMPUR – Selepas 96 hari mengambil alih pentadbiran negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam mengesahkan janji untuk menghapuskan tol di lebuh raya seluruh negara seperti yang terkandung dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) terpaksa ditangguhkan. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, keputusan penangguhan itu dibuat kerajaan selepas mengambil kira keadaan kewangan negara ketika ini. “Kerajaan telah meneliti dan mengambil kira secara mendalam pelbagai faktor dan implikasi…









