KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyemak semula jumlah pembayaran dividen untuk kerajaan kepada RM24 bilion tahun ini daripada RM19 bilion yang diumumkan pada Mac lepas. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, kenaikan itu didorong oleh peningkatan harga minyak serta pendapatan kumpulan berkenaan. “Pada separuh pertama 2018, Petronas merekodkan perolehan sebanyak RM117.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak 8.0 peratus berbanding RM108.1 bilion bagi tempoh…










