LONDON 16 Ogos- Permulaan berbeza di antara jurulatih Chelsea dan Arsenal, Maurizio Sarri dan Unai Emery dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu awal pagi Ahad ini, akan memberi ujian sebenar sejauh mana persaingan antara dua kelab London tersebut. Kegagalan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim ini mencetuskan perubahan besar terhadap kedua-dua kelab berkenaan. Bagaimanapun, Emery memulakan kempen liga dengan tewas 0-2 kepada juara bertahan,…










