KUALA LUMPUR – Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Rakyat ke-14 ditangguhkan selepas 20 hari bersidang. Sebelum menangguhkan mesyuarat, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata, persidangan kali ini beliau sifatkan sebagai sangat bersejarah kerana peralihan kuasa yang berlaku buat kali pertama di negara ini berjalan dalam keadaan penuh aman dan harmoni “Ini membuktikan kematangan ahli parlimen dalam mengurus kepelbagaian yang wujud dalam negara ini. Ahli yang berhormat saya…










