KUALA LUMPUR 1 Ogos – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) berusaha untuk meningkatkan piawaian, kemahiran dan pengetahuan kakitangan selepas jualan di seluruh negara menerusi Peraduan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua sebagai persediaan mencapai rekod pengambilan servis kenderaan sebanyak 2.14 juta tahun ini. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. Datuk Dr. Zahari Husin berkata, untuk itu pihaknya telah mengadakan Peraduan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua bermula pada 1997 yang mempertandingkan beberapa kategori…










