FAKTOR sosio-politik-ekonomi-budaya Malaysia menuntut kesabaran dan persefahaman yang tinggi supaya perbezaan disantuni, jurang ekonomi dirapatkan, perlembagaan dihormati manakala toleransi menjadi pedoman supaya persefahaman dapat ditingkatkan, keamanan dapat dipelihara dan kerjasama dapat dikekalkan. Asas-asas dalam Perlembagaan seperti Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan menuntut pelaksanaan, Perkara 152 bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi perlu dimartabatkan, Perkara 153 hak istimewa orang Melayu dan bumiputera hendaklah dipenuhi. Ia adalah muafakat sosial yang amat bermakna supaya Tanah Melayu dan kini Malaysia dapat dibina dengan jiwa kenegaraan yang tinggi dalam kalangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya