JOHOR BAHRU 11 Ogos – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan RM5 juta untuk program Wanita Inspirasi Ekonomi (Wise) 2018 bertujuan memperkasakan usahawan wanita. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun berkata, menerusi peruntukan tersebut pelbagai program dan latihan akan diberikan kepada golongan sasar. “Menyedari keperluan meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, maka kementerian melalui Mara melancarkan program khusus bagi pembangunan usahawan wanita iaitu Program Wanita Inspirasi Ekonomi (Wise)…










