KUALA LUMPUR 16 Ogos – Sebuah parti baharu akan diumumkan penubuhannya esok oleh Datuk Ibrahim Ali yang membawa agenda memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam. Ibrahim ketika dihubungi menjelaskan parti berkenaan tidak akan bersekongkol dengan mana-mana parti, sebaliknya akan bergerak secara sendiri. Bagaimanapun prinsip perjuangan parti itu, ujar beliau, ialah memperjuangkan segala agenda melibatkan kepentingan Melayu dan Islam. “Esok saya akan umumkan, kalau beritahu hari ini sudah tidak jadi kejutan,” katanya.…










