KUALA LUMPUR 30 Ogos – Demi memastikan usaha dakwah yang dijalankan berkesan, umat Islam perlu membuktikan mereka mampu berjaya bukan sahaja di akhirat, malah di dunia. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hal demikian ini penting supaya khalayak bukan Islam memahami bahawa ajaran Islam tidak menghalang kemajuan penganutnya dalam pelbagai bidang ilmu. Kata beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), umat Islam perlu dikenali di seluruh dunia…










