JOHOR BAHRU 7 Ogos – Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) memeterai memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dengan empat syarikat swasta sebagai usaha memperkasa agenda Bandar Pintar Wilayah Iskandar. Kerjasama perkongsian data dan informasi pembangunan itu melibatkan syarikat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH); iProperty.com.my; Nextdor Property Communications dan REI Group. Ketua Eksekutif IRdA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, kerjasama itu akan memberi fokus kepada pengumpulan data untuk perancangan pembangunan masa hadapan…