JOHOR BAHRU 29 Ogos – Seorang ahli perniagaan wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan memperdaya dan meminta wang komisen berjumlah RM66,000 dengan menawarkan Kedai Mampu Milik Johor (KMMJ) dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) kepada dua mangsa. Tertuduh, Umi Kalsom Jaafar@Jaffery, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Azureen Sahira Sauffee Afandi. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 24 Mei 2016…









