PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) benar-benar serius mahu mendapatkan khidmat bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho bagi beraksi bersama The Bos Gaurus bagi menghadapi kempen kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) yang akan berlangsung Februari tahun depan. Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim berkata, meskipun mengakui ada peminat menganggap ia sebagai satu bahan jenaka, namun ia tidak mustahil untuk direalisasikan berdasarkan minat yang pernah diluahkan oleh Ronaldinho untuk beraksi di Malaysia.…