IPOH – Kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM250,000 untuk persiapan kontinjen Perak bagi menghadapi kejohanan Para Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 yang akan berlangsung pada Oktober depan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata, jumlah dana yang diperuntukkan itu meliputi penganjuran, elaun selain penginapan untuk atlet dan jurulatih negeri. “Kita berharap dana yang diperuntukkan ini akan menjadi pemangkin kepada para atlet untuk menampilkan prestasi memberangsangkan sekaligus…










