KANGAR 17 Ogos – Polis menafikan tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap kes kemalangan yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah berlanggar dengan sebuah kereta yang didakwa digunakan untuk tujuan penyeludupan minyak di Jalan Kok Mak, Padang Besar, baru-baru ini. MUHAMAD HALIM YATIM Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata, pihaknya telah menahan pemandu kereta tersebut untuk siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan…










