PUTRAJAYA 21 Ogos – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melakukan penutupan sementara terhadap ruang udara sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 selama lima hari bermula 27 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan. Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara itu bagi tempoh bermula pukul 9 hingga 10.30 pagi berkuat kuasa mulai 27 hingga 31 Ogos. “Penutupan sementara ruang udara itu dijangka melibatkan…










