Penunggang motosikal maut dirempuh 4WD - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut dirempuh 4WD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 9 Ogos – Seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah pacuan empat roda (4WD) di Jalan Usaha Jaya di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu, mangsa, Puuan Panjang, 43, disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Jalan Usaha Jaya menuju ke Jalan Muara Tabuan 2.

“Sebaik tiba tempat kejadian sebuah 4WD jenis Nissan Navara dipandu seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dipercayai hilang kawalan lalu merempuh motosikal mangsa.

“Impak rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah pada anggota badannya manakala pemandu 4WD itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu 4WD berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN